Monday, January 31, 2011

cicak paling mahal







a
habitat Cicak Tokek
Haiwan ni kebiasaannya tinggal di pohon-pohon kayu, Lapisan kayu lama yang di tinggalkan, Stor rumah dan tempat-tempat gelap yang dingin. Tetapi Tokek lebih menyukai hujung-hujung kampung dan hutan. Tokek ni ada suara khas... gek-ko...gek-ko.. sebab tu namanya tokek atau ada juga orang panggil binatang ni Gekko.
Ciri-Ciri
Cicak ini mempunyai badan yang besar, kepada yang besar, hanpir setengah tekok adalah ekornya dan Dorsal (sisi punggung) yang kasar, Terdapat dalam pelbagai warna dan bintik.
Cara Menangkap Tokek
Tokek boleh ditangkap dengan menggunakan sarung tangan atau apa-apa jenis alat penangkapan yang menghalang sentuhan terus tangan keatas badan tokek. ini bulahkan kerana tokek beracun, tetapi untuk mengelakkan tangan anda di tokak ( gigit) hehe.. Jadi anda perlulah gunakan Sarung tangan. Seboleh-bolehnya jangan pegang tokek kerana perkara tersebut akan membuatkan Tokek Stress dan beratnya akan menurun. Cara lain mengangkap tokek adalah dengan menahan perangkap tikus di tempat-tempat yang strategik dimana bunyian tokek uang unik itu sering kedengaran.
Apakah Makanan Tokek
Tokek biasanya memakan pelbagai jenis serangga, ulat dan juga udang kering (alternatif). haiwan ini juga didapati kemakan burung, tikus kecil dan ada yang memakan sesama sendiri bg penjantan. Gigitan tokek sangat kuat kerana rahang tokek yang besar dari cicak biasa. Dia akan menyambar dan mengigit mangsanya sekuat-kuatnya dan akan melepaskannya sekiranya mangsanya diam.

No comments:

Post a Comment